Study Tips

Saturday, 26 August 2017

Semester 2 office management

hai hai hai lama sungguh tak update blog ni sebab tengah busy, busy menjalani cuti 5 bulan ni hahaha. Okey sekarang aku dah habis sem2 and kurang daripada seminggu aku akan masuk balik uni untuk semester yg ketiga. Akhirnyaaa

Aku akan perkenalkan korang subjek semester 2 and review dia sekali as kenangan okey hee

kos semester 2

1.Office Administration II

Well subjek ni sambungan daripada sem 1 hari tu. kalau masa semester 1 kita belajar pasal office layout, skrg kita akan belajar pasal banking, purchase bagai, meeting, travel. Okey korang kena buat mock meeting which is meeting olok olok. Best lah. kena pandai cari group sebab mock meeting ni macam payah sikit. perlukan kerjasam daripada semua. kena sediakan skrip kalau nak lancar. Antara tajuk meeting yang classmates aku buat haritu is Wedding Planner, Fashion Week and banyak lagi. 

2.Interpersonal Communication

IPC ni sambungan daripada PD (Personality Development). Ipc ni korang akan belajar pasal eye contact, pasal jenis jenis communication, body language and banyak lagi. Ipc ada term yang susah nak faham, tak macam office admin so bila lect terangkan dekat kelas please catat sebab kalau refer buku teks mmg payah nak faham. Subjek ni korang kena buat movie assignment. Lect kitaorg suruh guna movie english je and dia akan approve movie yg kitaorg cadangkan. Subjek ni bagi aku susah sikit sebab aku banyak sembang dan berangan dalam kelas emmm

3.  Document ProcessingII

Hai ni adalah sambungan daripada Document Processing 1 masa sem lepas. Guess what typing is hard for me. haha but aku berjaya lulus kahkah. Subjek  ni macam biasa lah mmg takde final kat dewan tu tapi dia still ada final sebelum kita exam final paper lain. faham tak haha. So korang akan ada banyak gila asssignment utk dipraktiskan. Series jangan tak hantar assignment tu sbb madam ambil markah doh. nampak cam homework bodoh tapi sebenarnya penting gila. And korang also akan ada speed test. 5 in enlish 5 lagi dalam bahasa melayu. Okey bahasa melayu ramai score berbanding english.  Pls score speed test and jangan ambil mudah okeyy.

4. English language

Elc kalini is Reading. Sem lepas is Listening right and in semester 3 we will learn about writing Okey so this subject quiet easy to pass if you can do and submit all the assignment and score all the quiz. Im sure less people failed on this subject . Me myself enjoy this subject hihi

5. CTU 

Ctu ni agamalah kan. Kalini punya ctu kita ada belajar pasal sejarah sikit. Em agak susah dari sem lepas. Macam biasa carrrymark ada pada bacaan dan hafazan. Do your best it will help you soon. Agama ni senang nak skor tapi sebab orang rasa dia senang lah orang abaikan dia. Skor jugak kuiz dia and banyakkan buat pass year. 

6. BBM

BBm ni obviously lah bahasa melayu kan.So dia macam office admin versi melayu. Subjek ni untuk kerja kerajaan. So kita akan belajar cara berurusan dalam bahasa melayu menggunakan kata kata sapaan, salutasi, ayat yang betul. Jangan pandang rendah subjek ni sebab it quiet susah weh. Bukan apa. Jawapan kau mesti bulat bulat dari buku. Ayat tak boleh berubah sikit pun. Even tertinggan "yang" pun dah dikira salah. Kena banyak menghafa kalau nak skor. Dalam subjek ni korang kena buat meeting jugak. Aku hari tu ada test bercakap. Amboi yang dah biasa speaking tu hati hati lah. Kalau madam dengar ada sleng english terus dia membebel hehe katanya jangan rosakkan bahasa melayu.

7. Koku

Koku aku netball. Aku tak tahu lah korang apa. Koku netball ni kerja dia ofcourse lah main netball tp nanti masa dah nak habis nanti akan ada ujian menjaring as final haha. Senang ja nak dapat A. And jangan ponteng.



P/S: bagi aku sem 2 agak mencabar daripada sem1. Subjek makin susah. Assignment makin banyak. Kita kena uruskan msa sebaiknya. And paling penting jangan ponteng haha. Nampak macam takde pape tapi sebenarnya korg dah banyak rugi.


No comments:

Post a Comment