hai . Kita semua taak pernah boleh lari daripada berkawan. tapi korang kena tengok jugak kawan korang tu jenis macam mana. okey jom kita cek !
JENIS KAWAN
1) SENTIASA SUPPORT
okey kawan jenis ni memang sentiasa support kita, tak kisah lah tindakan kita tu salah ke apa ke dia akan sentiasa support kita. Kawan jenis macam ni memang seronok tapi cara dia tak sesuai untuk mengubah kita menjadi manusia yang lebih baik untuk masa akan datang. Tapi tak bermaksud diorang ni jahat oke! Diorang mungkin berniat untuk sehidup semati dengan awak dan tak nak buat awak terasa.
2)MULUT LONGKANG
uish pedas. Haha tapi sebenarnya kawan yang macam ni lah yang kita perlu ada. Diorang ni jenis bercakap lepas tak fikir langsung perasaan kita. Kalau ada yang tak kena dia akan direct tegur. Kenapa aku cakap kawan jenis ni penting, bayangkan kalau semua kawan jenis backup korang, cakap yang positif padahal dalam hati diorang sebenarnya lain dan korang akan selesa dengan keadaan korang sekarang dan mulalah akan menjadi over confident kononnya korang perfect. Tapi dengan hadirnya kawan mulut yang tak berapa nak wangi ni, korang akan tahu yang sebenarnya korang ada banyak buat silap tapi tak ada orang nak tegur.
3)TAK ADA CONFIDENT
em kawan ni aku pernah ada. apa yang dia buat semua nya takut takut, tak ada keyakinan langsung. "aku tak macam korang, aku memang lahir lahir tak pandai" "taknak la tangkap gambar aku ni buruk" "aku tak pandai, aku bodoh" so ni lah ayat yang akan slalu korang dengar kalau berhadapan dengan kawan yang jenis tak ada confident ni. apa yang korang perlu buat ialah nasihatkan dia. Macam mana nak teruskan hidup dan memajukan diri kalau tak ada confident langsung. Tapi kadang kadang panas gak lah kalau di berterusan tak ada keyakinan diri padahal dia jauh lebih cantik daripada kawan yng lain.
4) OVER CONFIDENT
Okey kawan jenis ni selalu buat aku gelak. Bukan menyindir ke apa ok. But actually they are funny. Kawan jenis ni kalau bercakap pasal diri dia sendiri memang nak gempak nak panjang nak lebar memang nak cakap dia boleh buat terbaik semua ah. Kawan yang over confident ni aku perhatikan suka sangat pandang rendah kat orang lain dan yakin yang diri dia lebih cantik dan hebat darpada orang lain. TAPI pada akhir sekali mereka ni akan tersungkur jugak. bukan doa benda tak elok untuk diorang, tidak. Cuma ni lah yang selalu terjadi kalau kita terlampau yakin.
5) MAK KEDUA KITA
No , bukan abah kita kawin lain, no. Ni jenis kawan yang sebijik perangai mak kita! haha kawan macam ni korang akan jumpa bila dekat hostel. Kawan macam ni lah yang akan sangat caring pasal makan, sakit korang. Ya ampun jenis kawan ni mulut dia memang ya ampun macam mak nenek, bila dia membebel memang tunggu sejam baru nak berhenti.Bila ada pergaduhan, dia yang akan clearkan keadaan dengan cool down kan dua dau belah pihak. Boleh di katakan kawan jenis ni adalah kawan yang paling matang.
6) TOUCH AND GO
kawan ni aku yakin semua penah jumpa haha. jenis macam kita ni stok stok bila diorang boring atau gaduh dengan kawan yang lain. Diorang gunakan kita macam kita ni buat perkhidmatan sewa kawan haha. Bila alone carik tappi bila dah ada kawan baru dia jeling kita pun tak sudi. So, pendapat aku kalau korang tengah hadap dengan orang yang macam ni, buat tak endah je. Kalau dia tak anggap kau kawan buat apa kau nak terhegeh hegeh kan.
7) TIKAM BELAKANG
Ni species kawan yang paling aku takut sebab zaman skrg ni bersepah kawan yang macam ni. Depan kita punya lah baik, share story semua, tapi bila kat belakang, dia umpama musuh kita, bukak aib kita dekat orang lain. Hati hati lah dalam ceritakan masalh korang. People change wak.
8) JAUH TAPI DEKAT
ni kawan yang mostly orang dewasa ada. Diorang tak ada dengan kita 24/7. Kadang kadang tu sebulan skali msg tanya khabar. tapi kawan jenis macam ni lah yang bila kita susah dia akan tolong. Cuma bila kita happy je kita kurang cari dia, bukan sebab apa, masing masing busy. Golongan kawan yang ini lebih mementingkan kerjaya tetapi dalam masa yang sama, bila diorang free dioran akan hubungi kita.
No comments:
Post a Comment