Study Tips

Friday, 7 October 2016

STUDY WEEK YANG BUSY

For your information study week kitaorang start daripada 24/9 kalau tak silap and first paper on 4/10.  Jadual exam selang selang and bukan sederet macam tu. Dia selang seminggu atau dua tiga hari.  So aku pun ulang alik lah dari rumah ke lendu selama 4 hari sebab aku malas nak duduk kolej.


So pengalamann pertama jawab exam dekat dewan besar sejak bergelar mahasiswi ni aceh haha, first skali aku masuk aku terkejut.. mak aii rapatnya meja haha alhamdulillah lah tak macam yang aku bayangkan. imean aku bayangkan meja jarak dia macam spm tu ha. Tapi tak pun . Dia tak terlampau rapat tak jugak jauh sangat. nak jeling memang tak boleh ah. Dalam dewan tu ada lebih kurang 800 lebih orang semua kos lain lain.


Tak sabar nak habiskan last paper nanti baru lah hati tenang nak buat semua benda .  Tapi jangan disebabkan excited nak habiskan paper sampai kita tak buat preparation langsung dahlah . Menyesal nanti dah takde guna, repeat adala huhu.





Saturday, 1 October 2016

5 TIPS PRESENTATION

TIPS PRESENTATION



1) BE PREPARED

Sebelum korang nak present tu pastikan korang tahu apa yang ada dalam slide korang tu. Jangan menampakkan macam korang taktahu pape. Kalau boleh hafal skrip bagus jugak.



2) EYE CONTACT

Eye contact penting okey, jangan baca slide! thats why korng kena be prepared. Pandang depan, kawan kawan korang dan lecturer. Selalunya lecturer akan duduk di tempat student untuk menilai korang. Ada markah okey untuk eye contact.



3)SUARA JELAS

Please Please cakap biar jelas biar kuat. Selalunya presentation kena buat dalam english so pastikan korang fasih dan pronounsation korang betul. Tu pasal kalau boleh hafal skrip hafal la sikit sikit. Tapi jangan hafal semua & maksud pun korang tak faham takut nanti kalau lecturer mencelah, korang lost.



4) APPEARANCE

Kalau macam OM digalakkan present pakai blazzer. Ada markah jugak untuk penampilan. Kalau boleh seragam je semua lagi cantik lagi banyak markah dapat ..kalau tak semua pun maybe korang boleh samakan dari segi warna baju atau tudung keee



5) Q&A

get ready untuk disoal oleh lecturer korang sbb Kadang kadang diorang tanya korang boleh goreng shj jawapan dia. TApi kalau macam betul betul takpasti, cakap lah "sorry miss/madam/sir I will find out it later" pandai pandai la minta maaf. Sebab lecturer ni nak tengok tahap confident kita tu macam mana je.

GET WELL SOON MY DEAR , AIMAN ❤

30 September 2016


AIMAN KENA BEDAH TONSIL


Hari yang besar lah buat aku sebab Aiman kena operate tonsil. ayoyo how scary lah bila aku baca pengalaman orang operate tosil katanya sakit teramat sangat.  Eventhough aku risau, dalam masa yang sama aku kena bagi dia support and tak boleh nak tunjuk risau dan sedih lebih lebih.  Takut pulak kalau Aiman risau pasal aku kalau dia tahu aku tengah menggigil fikir pasal dia.

Its start dua minggu sebelum operate lah. Masa tu dia terdetik nak pergi buat checkup sebab lately ni Aiman selalu demam, sakit tekak semua.  Mulanya ye aku ingat demam biasa, tak penah sangka pulak simtom tonsil. And bila result cakap tonsil dia kena buat rawatan lanjut sebab tonsil dia bengkak sangat.  He sent me a picture and series babe bengkak , sampai nak tetutup tekak ha. Other appointment untuk sahkan sama ada kena operate ataupun tidak so the result is kena operate.

Sepanjang seminggu tu dia asik cakap pasal operate je, takut sebab dia dah ada pengalaman operate appendiks , tahun ni jugak lah. Even aku lagi takut but I have to show Aiman that im strong and its nothhing, tak sakit pun . Dan dia pun lega sikit la.

Hari Jumaat bersamaan 30/9/2016 Aiman admit dalam pukul 10 macam tu lah. dan kena puasa. Bila nak dekat dekat mcam ni aku pulak yang bersemngat. Bukan semangat apa, semangat tak sabar nak tunggu operation ni habis cepat dan Aiman akan sihat macam biasa.  Dia pun dah rasa macam okey lah. Oh yap dia buat surgery kat KPJ Sitiawan.  Pukul 2 lebih macam tu dah kena tukar baju yang untuk bedah tu, if your know what i mean. So masa tu dah rasa dah debaran dia.  Kita ni mampu pesan dia banyak kan zikir semua sebab taknak bagi dia terlampau takut.

And about 1 jam setengah lah dia dalam tu. Alhamdulillah berjalan lancar. Tapi ada tragedi okey. Tak lama lepas Aiman masuk bilik bedah tiba tiba takde elektrik. Tak ke cuak semua orang yang ada kat luar tu.  Di sebabkan tu tambah pulak masa operate. 

Dalam pukul 5 macam tu, aku dapat noti Aiman text. Ya Allah budak ni, aku rasa dia baru je lepas operate tau dah main phone aduh. Dia on sebab nak bagi tahu yang dia okey and aku lega.  Then memang kena paksa suruh rehat lah.

Pukul 9 baru Aiman boleh makan. Itu pun hanya aiskrim vanilla okey ! Dia tak boleh makan pedas, panas atau pun apa apa teksture keras. Biskut kering put tak boleh sebab teramatlah tajam. SO makanan hari pertama is Ais Krim Vanilla.

Second day, aku tengok dia dah boleh dah makan bubur semua alhamdulillah la. Doktor pun cakap dia patient paling senang. Nasib lah Aiman ni tak memilih makan ke apa. Apa orang nasihatkan dia ikut.  Good Boy hihi.. Malam tadi sempat lah dia call , takut nak angkat sebab aku bayangkan kalau dia bercakap nanti darah melimpaph keluar haha tapi okey je sebenarnya. Suara lain sikit je.  

Harap lah Aiman cepat sembuh sebab dia dah kepunan sangat nak makan benda pedas tu haha aku keluar kan undang undang yang dia boleh makan pedas lepas sebulan.  Dia pun macam alaa. Act saje gurau dengan dia haha kalau dia ikut baguslaj. Nak bagi tekak tu betul betul sihat kan.

Harap harap esok dah boleh keluar wad lah Aiman ni. Boleh rehat kat rumah.  Nanti sambung borak pasal Aiman okey 




kawan

hai . Kita semua taak pernah boleh lari daripada berkawan. tapi korang kena tengok jugak kawan korang tu jenis  macam mana. okey jom kita cek !


JENIS KAWAN


1) SENTIASA SUPPORT

okey kawan jenis ni memang sentiasa support kita, tak kisah lah tindakan kita tu salah ke apa ke dia akan sentiasa support kita.  Kawan jenis macam ni memang seronok tapi cara dia tak sesuai untuk mengubah kita menjadi manusia yang lebih baik untuk masa akan datang.  Tapi tak bermaksud diorang ni jahat oke!  Diorang mungkin berniat untuk sehidup semati dengan awak dan tak nak buat awak terasa.



2)MULUT LONGKANG

uish pedas.  Haha tapi sebenarnya kawan yang macam ni lah yang kita perlu ada. Diorang ni jenis bercakap lepas tak fikir langsung perasaan kita.  Kalau ada yang tak kena dia akan direct tegur.  Kenapa aku cakap kawan jenis ni penting, bayangkan kalau semua kawan jenis backup korang, cakap yang positif padahal dalam hati diorang sebenarnya lain dan korang akan selesa dengan keadaan korang sekarang dan mulalah akan menjadi over confident kononnya korang perfect.  Tapi dengan hadirnya kawan mulut yang tak berapa nak wangi ni, korang akan tahu yang sebenarnya korang ada banyak buat silap tapi tak ada orang nak tegur.



3)TAK ADA CONFIDENT

em kawan ni aku pernah ada.  apa yang dia buat semua nya takut takut, tak ada keyakinan langsung.  "aku tak macam korang, aku memang lahir lahir tak pandai" "taknak la tangkap gambar aku ni buruk" "aku tak pandai, aku bodoh" so ni lah ayat yang akan slalu korang dengar kalau berhadapan dengan kawan yang jenis tak ada confident ni.  apa yang korang perlu buat ialah nasihatkan dia. Macam mana nak teruskan hidup dan memajukan diri kalau tak ada confident langsung. Tapi kadang kadang panas gak lah kalau di berterusan tak ada keyakinan diri padahal dia jauh lebih cantik daripada kawan yng lain.



4) OVER CONFIDENT

Okey kawan jenis ni selalu buat aku gelak.  Bukan menyindir ke apa ok.  But actually they are funny.  Kawan jenis ni kalau bercakap pasal diri dia sendiri memang nak gempak nak panjang nak lebar memang nak cakap dia boleh buat terbaik semua ah.  Kawan yang over confident ni aku perhatikan suka sangat pandang rendah kat orang lain dan yakin yang diri dia lebih cantik dan hebat darpada orang lain.  TAPI pada akhir sekali mereka ni akan tersungkur jugak.  bukan doa benda tak elok untuk diorang, tidak. Cuma ni lah yang selalu terjadi kalau kita terlampau yakin.  



5) MAK KEDUA KITA

No , bukan abah kita kawin lain, no. Ni jenis kawan yang sebijik perangai mak kita! haha kawan macam ni korang akan jumpa bila dekat hostel. Kawan macam ni lah yang akan sangat caring pasal makan, sakit korang.  Ya ampun jenis kawan ni mulut dia memang ya ampun macam mak nenek, bila dia membebel memang tunggu sejam baru nak berhenti.Bila ada pergaduhan, dia yang akan clearkan keadaan dengan cool down kan dua dau belah pihak.  Boleh di katakan kawan jenis ni adalah kawan yang paling matang.



6) TOUCH AND GO

kawan ni aku yakin semua penah jumpa haha. jenis macam kita ni stok stok bila diorang boring atau gaduh dengan kawan yang lain.  Diorang gunakan kita macam kita ni buat perkhidmatan sewa kawan haha.  Bila alone carik tappi bila dah ada kawan baru dia jeling kita pun tak sudi.  So, pendapat aku kalau korang tengah hadap dengan orang yang macam ni, buat tak endah je. Kalau dia tak anggap kau kawan buat apa kau nak terhegeh hegeh kan.



7) TIKAM BELAKANG

Ni species kawan yang paling aku takut sebab zaman skrg ni bersepah kawan yang macam ni.  Depan kita punya lah baik, share story semua, tapi bila kat belakang, dia umpama musuh kita, bukak aib kita dekat orang lain. Hati hati lah dalam ceritakan masalh korang.  People change wak.



8) JAUH TAPI DEKAT

ni kawan yang mostly orang dewasa ada.  Diorang tak ada dengan kita 24/7. Kadang kadang tu sebulan skali msg tanya khabar.  tapi kawan jenis macam ni lah yang bila kita susah dia akan tolong.  Cuma bila kita happy je kita kurang cari dia, bukan sebab apa, masing masing busy.  Golongan kawan yang ini lebih mementingkan kerjaya tetapi dalam masa yang sama, bila diorang free dioran akan hubungi kita.