Study Tips

Friday, 30 September 2016

Office Management UiTM

Post kalini khas untuk adik adik lepasan spm yang tak tahu hala tuju, just like me before this. Aku dapat keputusan Spm yang standard je, 5a 4b and masa tu aku ingat aku dah takde harapan sbb aku expect lebih sebab semua cakap kalau nak sambung belajar result kena gempak.  And alhamdulillah masa mohon upu aku ada mohon OM which is aku tak berapa nak minat pun but its more better la dari course lain.  Aku dapat dekat Uitm Lendu, Melaka fuh nasib baik dekat dengan rumah. Kesudahannya memang tiap minggu lah aku balik hehe.  Course OM ni bawah fakulti bisnes and rata rata yang dapat course ni budak 5A keatas lah.  



So yap kami belajar cara menaip dengan pantas dan cara bergaya haha.  We need to put makeup on bila kelas personal development sebab madam tegas sikit.  And kitaorang digalakkan memakai kasut tumit tinggi and tak boleh pakai kasut. Yes tak boleh!  Pada hari Isnin normal lah kan kena pakai formal for girl, baju kurung and no jubah sbb tu bukan formal.  Bagi lelaki  pulak kena pakai kemeja dan tie ok !! So hari hari lain tu korang boleh la pakai baju biasa but ikut sahsiah rupa diri okey kalau tak nanti polis bantuan saman, melayang RM50 korang. 




panduan sahsiah rupa diri


Bagi aku kos ni tak mencabar sangat pada part 1 ni.  Subjek dia lagi senang dari subjek SPM jujur ni jujur. So memang kita boleh score masa awal awal ni.  



Kerjaya ??


Aku ada dengaar jugak buah mulut orang cakap kos OM susah dapat kerja lah itu lah ini lah but jangan percaya sangat.  Contohnya korang boleh tengok senior OM yang dah berjaya, So abaikan apa orang cakap and yakin dengan apa yang korang pilih.  Pasal kerja jangan risau rezeki untuk kita memang dah tertulis.  Lagi satu student OM ni specialnya dia ada kemahiran bekerja di dalam ofice dan belajar untuk menjadi seorang ketua.  Bila dah grade, kita boleh apply untuk Office Admin, Personal Asisstant and kalau korang tak minat korang boleh ambil Master dan jadi pensyarah untuk bidang ni. 

Thursday, 29 September 2016

MDS UiTM Lendu, 2016

So hai second day menaip blog.  So hari ni aku akan kongsi pasal pengalaman pertama aku masuk u dan duduk di hostel.  ughh.  So yah lets go!

Pada 24/5/2016 aku telah check in ke dalam hostel tercintaku Kolej Tun Sabariah, satu-satunya kolej yang penduduknya dipanggil as penduduk bukit sebab TSB ni terletak atas bukit and memerlukan kita untuk mendaki bukit tonggek kalau nak naik sana.  Kenapa bukit tonggek?? haha sebab bukit di tu kalau kita naik mmg akan tonggek habis ugh.

Minggu Destini Siswi


Hari first masuk ada Minggu Destinasi Siswi (MDS) yang berlangsung selama 4 hari.  Ni dikira orientasi kitaorg la.  Masa MDS aku dah hampir rasa nak give up dah taknak masuk u sebab aku ingat macam ni la life aku setiap hari.  Memang pack gila jadual sepanjang hari tu.  Kitaorang kena duduk sepanjang hari kat dewan dengar ceramah yeah.  Makan semua aku tak dapat nak uruskan sebab aku tak boleh kalau nak kelam kabut haha oh ya masa MDS ni korang akan dijaga macam budak kecik , dengan sangat rapi, makan diorang bagi, solat subuh diorang kejutkan, masa korang tidur, diorang berjaga kat bawah kolej korang.  How I miss that moment la.



ni  housemate aku, ladi dua orang takde
Kolej Kediaman, Tun Sabariah

So, kami penduduk Tun Sabariah memang beruntung sebab TSB sebuah kolej yang baru dan ofcource masih bersih dan agak mewah bagi aku kalau nak dicomparekan dengan kolej-kolej lain.  Kitaorang puny rumah macam kondo , ada 4 buah bilik tidur dan 3  tandas.  Satu bilik provide untuk dua orang and aku boleh cakap memang selesa.  But TSB hanya untuk budak part 1 sahaja and next sem we need to move.  Depan TSB ada KPP 3 which is fakulti untuk budak Masscom dan Pra-Dip.  Dan paling sedih fakulti aku tersangat lah jauh dan kitaorang kena naik Shuttle, van Uitm.  Bukan free pun. RM1 tiap kali naik so setiap hari aku akan habiskan about RM4 omg.  

And about makanan pulak takpayah risau sbb TSB ada cafe sendri which is makanan diorang pun boleh tahan.  Selain tu, kat TSB ada kedai runcit dan kedai print so memang banyak kemudahan la kalau stay sini.  
my room 
So sampai sini shj lah aku cerita pasal MDS , bersambung nanti....


  

Introduction

Assalamualaikum.  Hello and good morning/afternoon/night.

This is not my first time tulis blog and i am trying.  So, let me introduce myself.  Nama diberi oleh abah dan mak, Nur Amira.  Anak negeri Perak but now i am stayed at Melaka.  I am studied at Uitm Alor Gajah, Melaka. Baru sahaja habis sem 1 and sedang menghitung hari menuju ke final huhu.  Later mungkin akan update pasal my first sem in here which is quite mencabar for me atas beberapa sebab yeah.

Aku pernah lah bercita cita nak menjadi seorang penulis blog tapi impian aku selalu sangat separuh jalan.  Macam tu jugak lah dengan tulis novel nya pun haha.  Minat ada usaha je tak ada memang tak jalan lah ceritanya.  Sekarang pun tengah berjinak jinak nak belajar edit blog yang serba kekurangan ni.  Kena fokus and pastikan kali ni tak gagal lagi.

So yah !!